
Shaklee merupakan sebuah syarikat nutrisi semulajadi No.1 di Amerika Syarikat yang menghasilkan rangkaian produk kesihatan yang dapat membantu meningkatkan taraf kualiti kesihatan dan kehidupan.
Dalam tahun 1915, Dr Forrest C. Shaklee telah mencipta antara salah satu multivitamin pertama di dunia dan sejak itu, usaha murni tersebut diteruskan dengan terciptanya pelbagai produk kesihatan semulajadi yang lain. Antaranya Shaklee telah mencipta pengasingan protein yang pertama seumpamanya, menjadi salah satu peneraju dalam penghasilan minyak ikan; dan produk revolusi Shaklee iaitu Vivix dan Cinch.
Shaklee telah melaburkan hampir $300 juta dolar Amerika dalam bidang pembangunan dan penyelidikan. Dengan hanya menggunakan sumber asli terpilih dengan kualiti terbaik yang ada, dan sentiasa meneroka dalam pengumpulan penemuan-penemuan kajian sains terbaik dunia untuk memberikan produk yang Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Di samping menggunakan sumber alam semulajadi, Shaklee juga rancak menjaga alam sekitar. Bahan pencuci rumusan biorosot bebas toksik pertama di Amerika Syarikat. Shaklee juga telah menjadi syarikat pertama dunia yang disahkan sebagai Climate Neutral dalam menyekat pengeluaran karbon yang menghasilkan impak sifar pada alam sekitar.
Selain itu, kempen menanam 1 juta pokok berjaya dilaksanakan dengan kerjasama penerima anugerah Nobel Peace 2004, Dr. Wangari Maathai. Ini kerana mereka percaya bila kita telah mengambil sumber alam terbaik untuk mencipta produk kesihatan untuk manusia, maka kita perlu kembalikan apa yang telah kita ambil darinya.
Hari ini, Shaklee merupakan komuniti yang pesat berkembang melebihi 1.2 juta orang di seluruh dunia dengan berkongsi pelbagai produk yang dapat membantu orang ramai mengubah nasib masa depan dari segi kesihatan juga kewangan. Misi dan hasrat mereka adalah menawarkan peluang untuk setiap insan kembali menanam impian, membantu orang lain meraih pendapatan dan mencapai kebebasan kewangan hanya dengan berkongsi produk pada yang menginginkannya.
Shaklee membuka peluang untuk anda berkongsi produk yang disukai, mendidik individu lain untuk mengambil langkah yang sama dan memperoleh pendapatan lumayan.
![]()
Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.
Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.
![]()
Terima kasih kerana sudi membaca.
Your Shaklee Independant Distributor,
Muslihah
|


No comments:
Post a Comment